Wednesday, June 22, 2011

Mengenal Allah Melalui Nama-nama dan Sifat-sifatNya

2.Mengenal Allah Melalui Nama-nama dan Sifat-sifatNya

Antara jalan yang diambil oleh Islam untuk memperkenalkan manusia kepada Allah iatu dengan cara membentangkan nama-nama Allah yang maha mulia dan sifat-sifat-Nya Maha Tinggi.

Ia merupan jendela yang dapat menyampaikan  hati secara langsung kepada Allah,Ia juga dapat menggerakan hati juga membuka ufuk yang luas kepada roh untuk melihat cahaya dan kebesaran Allah,Nama-nama Alah yang mulia seperti yang disebut oleh Allah dalam Firman

"Katakanlah(wahai muhammad)serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman"yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-duanya nama itu adalah baik belaka)kerana Allah mempunyai banyak nama yang baik serta mulia
(al-Isra`:110)

Tuesday, April 19, 2011

MENGENAL ALLAH

Mengenal Allah
Mengenal Allah adalah darjat ilmu yang paling tinggi dan amat termulia memandangkan ia adalah tunggak kepada seluruh kehidupan rohani,dengan mengenal Allah akan timbul pula mengenal para nabi-nabi dan rasul-rasul juga yang berkait rapat dengannya,seperti sifat maksum tugasan dan sifat-sifat mereka serta segala keperluan kepada risalah perjuangan mereka.begitu juga perkara berkenaan mukjizat,kepimpinan mereka

Perbezaan Rukun Iman Syiah dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

http://fikrahhalaqoh.blogspot.com/2011/04/segala-puji-bagi-allah-swt-serta.html

Segala puji bagi Allah swt serta selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw.

Pada artikel yang lepas saya telah menulis mengenai Kesesatan Akidah Syiah dan perangkapnya di dalam dakwah. Saya juga telah selitkan beberapa fakta kesesatan yang berlaku dalam Syiah berdasarkan buku-buku rujukan yang muktabar mengenainya. Insyaallah, pada kali ini saya akan berkongsi kepada para pembaca semua mengenai Kesesatan Akidah Syiah Dalam Rukun Iman.

Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa Rukun Iman adalah rukun yang wajib diimani oleh semua umat islam. Jika kita tidak beriman pada salah satu rukun yang ada dalam rukun-rukun iman, maka kita dihukumkan sebagai bukan daripada Islam. Di dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, semua ulama menyatakan bahawa rukun iman ada 6 perkara iaitu:

  1. Beriman kepada Allah swt.

TADABBUR SURAH AN-NASR


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah);

[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai.

 [3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun
kepada-Nya sesunggunya Dia amat menirma taubat

Monday, April 18, 2011

DARI ALLAH TENTANG CINTA

Cinta adalah bagian tak terpisahkan dari kehidupan manusia. Cinta berada di dalam hati kita namun dapat memancar keluar dengan aneka rupa ekspresinya. Cinta dapat membangun akhlak serta mendikte langkah dan tingkah laku kita.
Sebagai seorang muslim, marilah kita lihat apa yang Allah sampaikan tentang cinta di dalam kitab-Nya, Al Qur’an.
Cinta atas kesenangan dunia
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia , yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunkecintaan kepada apa-apa yang diinginiia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). [Ali Imran, 3:14]
… mereka (orang-orang kafir) mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat,… [An Nahl, 16:107]

TIDAK MAHU MENERIMA KEBENARAN

Pendek kata,takbur,gila yang sebenar,adalah tidak mahu menerima kebenaran,Bagi penguasa,ia tidak mahu menerima kritikkan, ataupun pendangan lantaran disampaikan oleh rakyat jelata
Lantaran kedudukan dan pangkatnya,atau kekuasanya yang membelah bumi,Ia tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang boleh menggugat kerusinya.Ia pun berebut seweneng-wenengnya,mencipta hukum sewenang-wenengnya.Inilah penguasa gila(haqqul majnun)

Sunday, April 17, 2011

Muqaddimah (klik pada tajuk) ISLAM,IMAN DAN AMAL

ISLAM,IMAN DAN AMAL

Islam adalah agama Allah yang diwahayukan kepada nabi MUhammad s.a.w Ia terdiripada Iman Dan Amal.Iman merupakan aqidah dan asas terbinanya hukum syariat Islam.Imam mempunyai beberapa cabang.Manakala amal merupakan syariata dan hasil daripada iman



Iman dan amal atau aqidah dan syariah saling berkait antara satu samalain umpama buah dengan pokok atau antara musabbab(kesan) dengan asbab(sebab yang melahirkan musabbab atau umpama natijah dan faktornya

Wednesday, April 13, 2011

Mari Kita Duduk Sebenter-Kita Beriman Sejenak

Mari Kita Duduk Sebenter-Kita Beriman Sejenak


Firman Allah


Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada

Taubat

Astaghfirullah hallazi Laa 'illaha illa Huwwal Hayyul Qayyumu Wa'atubu ilaih

Maksudnya : Aku memohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan kecuali Dia, Yang Tetap Hidup dan Kekal dan aku bertaubat kepada-Nya.


“Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi” (Surah an-Nisaa: 106)

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud: 3)

“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran: 135-136).

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (HR Tirmidzi)

Rasulullah SAW. bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari, lebih dari tujuh puluh kali.” (HR Bukhari)

Bersabda Nabi Sallallahu˜alaihi wassalam: "Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya". (HR Abu Daud)

sumber dari blog tazkirah

*
Powered By Blogger

Berukhwah Disini