Sunday, April 17, 2011

Muqaddimah (klik pada tajuk) ISLAM,IMAN DAN AMAL

ISLAM,IMAN DAN AMAL

Islam adalah agama Allah yang diwahayukan kepada nabi MUhammad s.a.w Ia terdiripada Iman Dan Amal.Iman merupakan aqidah dan asas terbinanya hukum syariat Islam.Imam mempunyai beberapa cabang.Manakala amal merupakan syariata dan hasil daripada iman



Iman dan amal atau aqidah dan syariah saling berkait antara satu samalain umpama buah dengan pokok atau antara musabbab(kesan) dengan asbab(sebab yang melahirkan musabbab atau umpama natijah dan faktornya





Oleh itu,kebanyakan ayat al-quran menyebut tentang iman dan amal secara beriringan.Antaranya firman Allah Taala:

Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh,sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.

al-Baqarah:25

Sesiapa yang beramal solaeh dari lelaki atau perempuan,sedang dia beriman,maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik.

an-Nahl:97

Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh Allah(yang melimpah-limpah rahmat-Nya)akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang

Maryam:96

Definisi Iman atau Aqidah (1)(1- bermakna membenarkan sesuatu dan menyakini secara jazam(putus) tampa syak atau ragu.pengertiannya sama dengan iman juga bermakna membenarkan)

Definisi iman atau aqidah adalah berteraskan kepada 6 pekara berikut


  1. Makrifatullah atau mengenal Allah,mengenal nama-nama-Nya yang mulia serta sifat-sifat-Nya yang tinggi dan dalil-dalil kewujudan-Nya serta tanda-tanda kebesaranya-Nya di alam maya.
  2. Mengenal alam ghaib iatu alam yang tidak dapat dilihat,serta kandungannya yang terdiri daripada paksi kebaikan yang diwakili oleh malaikat dan paksi kejahatan yang diwakili oleh iblis dan  tenteranya iatu syaitan.Begitu juga dengan jin dan roh
  3. Mengenali kitab Allah,yang diturunkan untuk menentukan sesuatu sama ada kebenaran atau  kebatilan,kebaikan atau kejahatan,halal atau haram dan baik atau buruk
  4. Mengenal nabi-nabi Allah dan rasul-rasul-Nya yang terpilih sebagai pembawa hidayah dan pemimpin makhluk kearah kebenaran
  5. Mengenali hari akhirak dan segala pekara yang berkait denganya seperti kebangkitan,pembalasan,balasan baik dan jahat serta syurga dan neraka
  6. Mengenali qadar (kententuan Tuhan) yang menentukan perjalan alam sama ada dari sudut penciptaan atau pentadbirannya  
Inilah makna iman ia dalah aqidah (keyakinan dan kepercayaan)(1)(makna 1-Aqidah ialah membenarkan sesuatu,percaya dan keyakinkannya tampa sebarang syak dan ragu.Ia sama makna dengan iman)
 Kerana Allah menurunkan kitab-kitab-Nya mengutuskan rasul-rasul-Nya dan menjadikan sebagai pesanan-Nya kepada makhluk-nya dari dahulu sehingga sekarang.

Aqidah Islam adalah aqidah yang satu,tidak berubah dengan perubahan zaman,tempat,individu atau sesuatu zaman,tempat atau sesuatu kaum

Firman Allah
Allah telah menerangkan kepada kamu-di antara pekara agama yang dia tetapkan hukumnya-apa yang telah diperintahkan-Nya kepada nabi Nuh dan yang telah kami (Allah)wahyukan kepadamu(wahai Muhammad) dan juga yang telah kami perintahkan kepada nabi Ibrahim dan nabi Musa serta nabi Isa, iatu"Tegakkanlah pendirian agama,dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisih pada dasarnya"

as-Syura 13)
Bersambung,, mula di tulis jam 2200 -akhir jam 2401-17-4-2011

Pekara yang disyariat dan dipesan kepada kita merupakan pekara yang sama dipesan kepada rasul-rasul terdahulu iatu asas aqidah dan kaedah-kaedah iman,bukan pekara cabang ataupun syariat amali.Ini kerana setiap umat mempunyai syariat amali yang bersesuaian dengan keadaan,situasi,taraf pemikiran dan kerohanian mereka
Firman Allah

Bagi tiap-tiapa umat yang berada diantara kamu,kami jadikan(tetapan)sesuatu syariat dan jalan agama(yang wajib diikuti oleh masing-masing)

al-Maidah: 48

Kenapa Aqidah Ini  Merupakan Aqidah Yang Satu Dan Kekal

Allah telah menjadikan aqidah ini untuk semua manusia serta kekal sepanjang zaman.Kerana ia mempunyai kesan yang terang dan manfaat yang jelas dalam kehidupan individu dan bermasyarakat

Mengenali Allah akan menimbulkan perasaan yang jujur,membangkitkan cetusan kebaikan dan melahirkan keupayaan unruk bermuraqabah kepada Allah (merasai bahawa Allah sentiasa melihat dan mengawasi dirinya)Ia juga merangsang keinginan kepada pekara baik dan mulia serta menyisihkan kepada yang keji

Mengenali malaikat pula akan membawa kepada bertingkahlaku seperti malaikat serta membantu mereka dalam melaksanakan kebenaran dan kebaikan.Ia juga sentiasa menjadikan seseorang sentiasa sedar dan berwaspada dengan itu,manusia hanya akan melakukan pekara yang baik dan mempunyai matlamat yang mulia

Mengenal kitab-kitab Allah,adalah dengan mengetahui sistem yang Allah telah gariskan kepada manusia.Agar dengannya manusia akan mencapai kesempurnaan material dan pemikiran

Mengenali para rasul bermaksud mengikuti jejak langkah mereka,berakhlak dengan akhlak mereka dan mencontohi mereka.Kerana mereka adalah contoh kepada nilai-nilai mulia dan kehidupan yang bersih sebagaimana dikehendaki oleh Allah

Mnegenali hari akhirak pula merupakan pemngkin yang palin kuat kearah kebaikan dan meninggalkan kejahatan

Mengenali qada pula akan memeberikan kekuatan kepada manusia dalam mengatasi segala cabaran dan kekesusahan.Ia menjadikan manusia merasakan selain Allah adalah kecil

Jelaslah bahawa aqidah ini bertujuan untuk membaiki perangai,membersihkan jiwa dan membawanya kepada ikutan yang tertinggi.Tambahan pula,aqidah ini adalah fakta yang tetap.Ia diantara ilmu tertinggi kepada manusia.walaupun tidak yang tertinggi secara mutlaknya

Membaiki perangai individu dengan menanam aqidah agama dalam dirinya merupakan cara tarbiyah yang paling unggul.Ini kerana aqidah mempunyai kuasa yang kuat dalam hati dan jiwa.Ia mempunya kesan yang mendalam kepada perasaan,sehinggalah tiada kuasa dan kesan lain yang mampu menyainginya.Sekalipun taknologi dan pendekatan terkini yang direkacipta oleh para cerdik pandai,cendikiawan dan pakar pendidik zaman kini

Menanam aqidah dalam jiwa merupakan jalan terbaik untuk mewujudkan eleman yang baik dalam jiwa,yang akan memainkan peranan yang sempurna dalam kehidupan.Ia memberikan saham terbesar dalam membekalkan pekara yang lebih bermanfaat dan baik kepada jiwa

Bentuk terbiyah sebegini akan menambah keindahan dan kesempurnaan hidup serta memelihara kehidupan ini dengan kasih sayang menguasai suasana,terlerailah sikap permusuhan serta perbalahan dan diganti dengan permuafakatan.Manusia akan menjadi lebih dekat dan bersatu antara satu sama lain.Setiap individu akan berusaha untuk kebaikan masyarakat,manakala masyarakat pula berusaha kearah nembaiki dan membahagiakan individunya

Bersambung..mula menulis ja,0100-jam 0202 18-4-2011

Dengan ini ternyatalah hikmah kenapa Allah menjadikan iman sebagai suatu yang kekal sepanjang zaman.Dan kenapa Allah tidak membiarkan mana-mana generasi dan umat tampa rasul yang mengajak mereka kepada keimanan dan menyuburkan aqidah ini ke akar umbi masyarakat dan umat tersebut

Lazimnya dakwah,keimanan hanya datang selepas rosaknya dhomir kemanusian serta runtuhnya nilai-nilai yang baik dan mulia.Timbul selepas itu hakikat bahawa manusia amat berhajat kepada suatu mukjizat yang dapat mengembalikanya kepada fitrah asalnya.Agar bumi dapat kembali dimakmurkan dan manusia kembali berupaya untuk memikul amanah kehidupan

Aqidah Tauhid ini adalah roh kepada setiap individu.Dengan dia menjalani kehidupan yang baik.Tampanya roh manusia akan mati.Ia merupakan cahaya apabila manusia tidak mempedulikannya,mereka akan kehilangan punca dalam menjalani kehidupan dan hilang arah dilembah  kesesatan

Firman Allah

Dan adakah orang yang mati(hatinya dengan kufur) kemudian Kami hidupkan dia semula(dengan hidayah petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya(Iman)yang menerangi(sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dan yang salah,dan dapatlah)dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia(adakah orang-orang yang demikian keadaannya)sama yang tinggal tetap didalam gelap- gelita(Kufur)yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?

al-An`am:122

Aqidah adalah punca kepada perasaan dan nilai-nilai yang baik.Ia melahirkan segala bentuk emosi yang terpuji serta perasaan kasih yang mulia.Setiap pekara yang baik dan soleh adalah berpunca daripadanya.Setiap kali al-qurann menceritakan berkenaan amalan soleh,ia akan menyebut sama aqidah dipermulaannya.Ini bagi mengambarkan bahawa aqidah adalah asal lahirnya segala amalan tersesbut dan asas kepadanya

Firman Allah

Metodologi Rasul dalam Menanam aqidah

Para rasul menyeru dan membentangkan aqidah kepada manusia dengan cara yang mudah,ringkas dan munasabah.Pandangan mereka ditarik agar merenung kejadian langit dan bumi.Akal  mereka pula dibangkitkan untuk memikirkan tanda tanda kebesaran Allah.Mereka diingatkan dengan fitrah semula jadi yang inginkan suasana beragama serta menyedarkan mereka kepada wujudnya satu alam disebalik alam nyata ini

Berdasarkan ini,Rasulullah mengatur langkah untuk menanam aqidah kedalam hati umatnya.Baginda rasulullah menarik dan memandu pemikiran mereka kepada jalan yang benar di samping menyedarkan minda dan membangkitkan fitrah mereka.Baginda rasul terus melaksanakan proses ini sehinggalah mencapai kejayaan.Baginda rasul juga dapat membawa umat ini dari penyembahan berhala dan kesyirikan kepada aqidah tauhid serta mengisi jiwa dengan keimanan dan keyakinan.Baginda rasul juga mampu menjadikan para sahabatnya sebagai tokoh-tokoh pembaikan diri serta pemimpin manusia dalan melakukan kebaikan.Baginda rasul juga berjaya membentuk satu generasi yang berbangga dengan iman dan Rasulullah seumpama matahari kepada dunia dan penyembuh penyakit manusia keseluruhannya

Allah telah menyaksikan kecermelangan dan ke istemewaan generasi ini dengan firman-Nya

Iman sebahagian para sahabat telah sampai ketahap yang dia boleh berkata"kalau diangkat hijab dariku sekalipun,keyakinanku tetap tidak bertambah''1 (1-Ini kerana keimanan dan keyakinan mereka telah sampai ketahap kemuncak dan kelimaks sehinga tidak ada beza lagi kepada mereka sama ada diangkat hijab dan dapat melihat pekara ghaib ataupun tidak-penterjemah-) 


Bersambung,,mula tulis jam 0245-jam 0455 18-4-2011

Hadis al-Harith bin Malik al-Ansari r.a.menggambarkan kehebatan keimanan

Suatu hari Hrith melintas di hadapan Rasulullah s.a.w,lalu baginda bertanya;bagaimana keadaan kamu diwaktu pagi ini?Dia menjawab: dalam keadaan beriman dengan sebenarnya"Rasulullah s.a.w bersabda"Lihatlah apa yang telah kamu katakan.Setiap pekara ada hakikat.Apakah hakikat iman kamu? Harith berkata"Aku menjauhkan diriku dari kedunaan,aku berjaga dimalam hari(beribadat) berpuasa di siang hari.Aku seolah olah melihat arasy tuhanku dengan begitu jelas sekali.Aku seolah-olah dapat melihat penghuni syurgi yang saling ziarah menziarahi dengan penghuni neraka yang meraung-raung didalamnya."Rasulullah s.a.w bersabda "wahai Harith.kamu telah mengenali hakikatnya.hendaklah kamu komited dengannya.1(1-Riwayat at-Tobrani dengan sanad yang lemah)

Penyelewengan dari Metodologi Dakwah Para Rasul dan Kesannya

Semenjak terbinanya negara islam yang berteraskan tauhid hasil usaha penghulu para nabi dan rasul(Muhammad s.a.w) kesucian aqidah ini tetap kekal dengan bersumberkan wahyu Ilahi dan ajaran dari langit.Ia bergantung pada al-kitab dan al sunnah,dan terarah secara prioritinya kepada pendidikan kemalaikatan,meninggikan naluri perasaan,mendidik akhlak dan memartabatkan manusia menjadi tinggi sesuai dengan kemuliaanya.Hasil dari itu lahir sumber kekuatan positif dalam kehidupan mereka

Pertelinkahan demi pertelingkahan yang berlaku dalam politik,pengaruh teoro-teori pemikiran dan aliran-aliran agama lain yang menyeleweng serta akal yang dijadikan hakim dalam menangani pekara-pekara yang diluar kemampuannyaadalah sebab kenapa berlakunya penyelewengan daripada metodologi para rasul a.s Inilah juga faktor yang menyebabkan kenapa aqidah iman tidak lagi menjadi pekara yang mudah.ringkas,positif dan ulia.Ia berubah menjadi seperti teori teori falsafah dan kiasan yang berasaskan logikal serta perdebatan dan perbincangan yang hampr menyerupai perbincangan ala Bizatin(Rom)

bersambung -mula tulis jam 1350-hingga jam 1419 19-4-2011

Iman tidak lagi mejadi pekara yang boleh membersihkan jiwa,membaiki amalan,merangsang peripadi dan mengidupkan umat ini.Antara kesan pertelingkahan politik, penyelewengan daripada metodologi fitrah dan terpengaruh
Terpengaruh dengan mazhab-mazhab atau aliran pemikiran yang baru muncul serta meletakan akal sebagai hakim ialah berlakunya perpecahan antara pendokong aqidah sehingga munculnya mazhab-mazhab atau aliran pemikiran yan pelbagai

Setiap aliran mewakili arah pendapat tertentu yang mendakwa ia sahaja jalan yang betul.Sesiapa yang tidak menganuti fahamannya dianggap keluar dari Islam

Timbul disana pelbagai aliran pemikiran atau mazhab seperti mazhab ahli hadis,al-Asyaa'irah.al-Maturidiyyah,Muktazilah,Syaiah,Jahamiyyah dan lain-lain lagi

seorang penyair berkata:

 Setiap pihak mendakwa mencintai laila
Sedangkan Laila tidak merestui tindakan mereka

Jika air mata mengalir deras dipipi
Jelaslah siapa yang benar-benar menangis dan siapa yang buat-buat menangis

Perselisihan faham yang palin masyhur yang meluaskan jurang antara umat ialah ialah perselisihan faham yang berlaku antara mazhab ,al-Asyaa'irah dan Muktazilah

Topik utama yang diperselisihkan oleh mereka ialah


Terdapat banyak lagi isu yang menjadi punca perpecahan umat Islam kepada pelbagai puak dan kumpulan

Kesan perbalahan dan perpecahan ini ialah umat islam telah mula melakukan jinayah yang serius terhadap diri mereka sendiri.Akibatnya aqidah mereka mula goyah dan iman mereka mula bergocang.Ketika itu aqidah tidak mula lagi berkuasa mengawal tingkah laku atau akhlak setiap individu dan iman pula tidak mampu lagi menguasi segala tindak tanduk mereka

Kelemahan aqidah ini menyebabkan berlakunya kelemahan dalam semua perkara yang berkait dengan individu,keluarga masyarakat dan negar,seterusnya dalam segala aspek kehidupan.Kelemah yang berlaku ii menular masuk kedalam setiap pekara dan sudut sehinggalah menjidikan umat ini umat yang tidak mampu bangkit menunaikan tugasan dan tanggungjawab mereka sama ada dalam ataupun luaran

Umat ini tidak lagi menjadi sebagaimana yang di kehendaki oleh Allah,iatu berupaya untuk  memimpin dan menjadi pentunjuk kepada umat lain

Punca kemunduran dan kegagalan umat ini dari mencapai matlamatnya yang besar ialah kelemahan aqidahnya .oleh itu menjadi kewajipan kita berusaha mengambalikan semula kemegahan umat ini.kita perlu berusaha bersungguh-bersungguh menanam kembali aqidah ini kedalam jiwa dan mengariskan kembali langkah-langkah yang diambil oleh Rasulullah s.a.w dalam mendidik dan menyuburkan aqidah agar kembali kuat

Semuga keyakinan ini sampai kekemuncaknya yang akan merangsangkan kita untuk memertabatkan kehidupan serta meninggikan darjah kemegahan dan kemuliaan

Tamat  .mula jam 0230-tamat 0507 20/4/2011 
rabu











No comments:

Post a Comment

Taubat

Astaghfirullah hallazi Laa 'illaha illa Huwwal Hayyul Qayyumu Wa'atubu ilaih

Maksudnya : Aku memohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan kecuali Dia, Yang Tetap Hidup dan Kekal dan aku bertaubat kepada-Nya.


“Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi” (Surah an-Nisaa: 106)

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud: 3)

“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran: 135-136).

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (HR Tirmidzi)

Rasulullah SAW. bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari, lebih dari tujuh puluh kali.” (HR Bukhari)

Bersabda Nabi Sallallahu˜alaihi wassalam: "Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya". (HR Abu Daud)

sumber dari blog tazkirah

*
Powered By Blogger

Berukhwah Disini