Tuesday, April 19, 2011

MENGENAL ALLAH

Mengenal Allah
Mengenal Allah adalah darjat ilmu yang paling tinggi dan amat termulia memandangkan ia adalah tunggak kepada seluruh kehidupan rohani,dengan mengenal Allah akan timbul pula mengenal para nabi-nabi dan rasul-rasul juga yang berkait rapat dengannya,seperti sifat maksum tugasan dan sifat-sifat mereka serta segala keperluan kepada risalah perjuangan mereka.begitu juga perkara berkenaan mukjizat,kepimpinan mereka


Setiap sesuatu yang dijadikan Allah sudah pasti ada hasilnya,begitu juga dengan Mengenal Allah,hasil dari mengenal Allah akan lahirnya pengetahuan terhadap alam ghaib iatu alam malaikat jin dan roh begitu halnya dengan kesudahan hidup ini,kesudahan hidup dialam barzakh dan alam akhirat seperti kebaangkitan penghisaban segala amal yang dilakukan oleh seluruh umat,seperti pembalasan buruk ,pahala,syurga ,neraka

Kita sering mencari-cari jalan untuk mengenal Allah secara terpeninci melalui guru-guru yang arif dalam bidang berkaitan,setelah itu kita akan mengetahui bahawa jalan mengenal Allah melalui dua jalan
1.       Melalui akal dan merenungi segala ciptaan Allah s.w.t
2.       Mengenali nama dan sifat-sifat-Nya

Dengan perantaraan akal dan mengenali seluruh nama dan segala sifat-sifat kebesaran Allah s.w.t manusia akan mengenali penciptanya dan mendapat pentunjuk dari Allah s.w.t

Mari sama-sama merenungi kedua-dua jalan kearah mengenal Allah

1-mengenal Allah melalui akal fikiran

Setiapa badan sudah pasti ada anggotanya,setiap anggotanya mempunyai tugasan yang tersendiri  dengan perbezaan-perbezaan yang kita sendiri boleh renungi dengan mudah.Tugasan akal adalah merenung dan berfikir,Jika tugas ini tergendala,maka gerak kerja fikiran akan terbantut,oleh itu segala aktiviti kehidupan akan terhenti dan boleh menyebabkan,mati.fana’,

Sebagaimana yang diketahui,bahawa islam mengehendaki agar akal berfungsi dan bangkit dalam lingkungannya,lalu membangkitkan manusia dari tidurnya.Islam mengajak manusia merenung sedalam-dalamya dan berfikir dan menjadikannya sebagai ibadat yang penting
Firman Allah dalam surah Yunus ayat 101

Katakanlah(wahai Muhammad)”Perhatikan dan(fikirkanlah apa yang ada dilangit dan dibumi(dari segala kejadian yang menakjubkan,yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya)

Dengan merenungi  apa yang dilangit dan dibumi kita akan dapat merasai kebesaran-Nya dan keagongan-Nya, bahawa betapa nikmatnya hidup dengan mengenali Allah,agar tidak alpa dengan bumi  yang dipijak dan langit yang dijunjung selagi hayat di badan

Firman Allah dalam surah Saba` ayat  46

Katakanlah (wahai Muhammad)”Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu pekara sahaja.iatu hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari  kebenaran kerana Allah semata-mata,sama ada dengan cara berdua(dengan orang lain)atau seorang diri: kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya(untuk mengetahui salah benarnya ajaran_Ku)

Manakala mereka yang sering menolak nikmat akal fikiran dan tidak menggunakannya berdasar matlamat ia diciptakan serta melupakan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t merupakan orang yang menjadikan tumpuan penghinaan dan kejian daripada Allah s.w.t

Firman Allah .s.w.t dalam surah Yusuf; ayat 105

Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah dilangit dan dibumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pergi dan datang,sedang mereka tidak juga mneghiraukan dan memikirkanya


Dalam surah Yasin ayat 46 pula

Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan Tuhan  mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya(enggan menerimanya)


Menghentikan fungsi akal akan menjatuhkan manusia ketahap yang lebih hina dari binatang.Inilah yang menghalang orang terdahulu mencapai pengetahuan berkenaan hakikat jiwa dan pekara yang berkaitan dengannya.


Firman Allah .s.w.t dalam surah al-A`raf ayat 179


Dan sesungguhnya kami jadikan neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati(tetapi)tidak mahu memahami denganya(ayat-ayat Allah)dan yang mempunyai mata(tetapi) tidak mahu melaihat denganya (bukti keesaan Allah)dan yang mempunyai telinga(tetapi)tidak mahu mendengarnya denganya(ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak,bahkan lebih sesat lagi,mereka itulah orang-orang yang lalai


Taqlid Menghalang Fungsi Akal


Taqlid (ikut membuta tuli) merupakan penghalang mutlak kepada fungsi akal dan akan membantutkannya daripada berfikir

oleh itu,Allah memuji orang-orang yang sampai kepada hakikat sebenar dan dapat membezakan antara semua pekara selepas mengkaji dan menganalisa lalu mengambil apa yang terbaik serta mengajak orang lain kepadanya


Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 17 dan 18


Oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih menurut akan yang sebaik-baiknya(pada segi hukum agama)mereka itulah orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang yang berakal sempurna.


Allah s.w.t mengutuk mereka yang bertaqlid iatu mereka yang tidak dapat berfikir sendiri serta hanya mengikut pandangan orang lain.Mereka menjadi beku terhadap tradisi lama yang telah sebati dengan jiwa mereka walupun yang baru muncul itu hidayah dan layak untuk mereka


Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah AYAT 179


Dan apabila dikatakan kepada mereka' Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah",mereka menjawap(tidak),bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukanya".Patutkah(mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu(apapun tentang pekara agama),dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah(daripada Allah)
Medan Pemikiran

Agama Islam menyeru bukan sekadar ajak-ajak ayam malah mengalu-alukan manusia sejagat untuk berfikir kepada setiap pekara yang berada dalam penerimaan akal.Islam melambai dan menyeru agar semua umat ini merenung segala sesuatu ciptaan Allah s.w.t bukan sahaja lagit atau bumi,sebaliknya agama Islam menyuruh manusia melihat semua pekara yang ada ,oleh itu Islam menyeru agar berfikir dalam semua pekara berkaitan makhluk ciptaan-Nya kecuali  pada Zat-Nya,kerana Zat Allah adalah diluar batasan pemikiran dan kemampuan  manusia
Sabda Rasulullah s.a.w "Berfikirlah berkenaan ciptaan Allah s.w.t dan jangan berfikir tentang zat Allah s.w.t kerana kamu tidak akan berupaya mengetahuinya"(1)-(1-Riwayat Abu Naim secara marfuk kepada nabi dengan sanad yang daif tetapi maknanya adalah sahih)
Dalam Quran sendiri mengandungi ratusan ayat yang menyeru agar manusia merenung kejadian makhluk ini seperti bumi dan langit yang amat luas  tiada penguhujungnya
Firman Allah s.w.t dalam surah al-baqarah ayat 219-220
"Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya(Keterangan hukum-Nya supaya kamu berfikir: Mengenai(urusan kamu) didunia dan akhirat"

Matlamat pemikiran 

Antara matlamat pemikiran yang paling besar dan mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh islam ialah menghidupkan akal menjadikannya berfungsinya untuk memerhati,merenung dan berfikir Ia menjadi petunjuk bagi manusia dalam memahami undang-undang kehidupan,sebab-sebab kewujudan,sunnah alam dan hakikat sebenar sesuatu pekara.Pengetahuan ini menjadi panduan untuk mendedahkan kepadanya hakikat Penciptan alam ini.Ia akan dapat membawanya secara halus kearah mengenali hakikat terbesar iatu mengenali Allah s.w.t


 Mengenal Allah adalah hasil dari penjanaan akal yang cerdik dan berilham serta hasil pemikiran yang mendalam dan bersinar.Itulah satu Al- Quran menunjukkan keagungan Allah s.w.t

Cara ini akan menghidupkan akal dan menggalakannya mengenali sifat-sifat kesempurnaan Allah .s.w.t,tanda-tanda kebesaran-Nya,dali-dalil kesucian-Nya,kesempurnaan ilmu-Nya,keberkesanan kuasa-Nya,dan bersendiriannya Allat s.w.t dalam menjadikan sesuatu pekara.Hayatillah ayat Allah s.w.t ini dengan penuh kesedaran,yang bermaksud


Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid).




Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.



Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).


Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya.


Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar “





Adakah terdapat bukti lain yang lebih jelas,atau adakah di sana ada hujah lain yang lebih hebat daripada bukti dan hujah-hujah ini? Jikal akal seseorang tidak dapat menerima bukti ini ataupun tunduk kepada hujah ini ,bermakna dia degil dan tidak pernah tunduk kepada bukti dan hujah
dalam surah An-Nur ayat 40 Allah berfirman 


Sesiapa yang Allah tidak jadikan kepadanya cahaya(hidayah petunjuk) maka dia tidak beroleh sebarang cahaya(yang akan memandunya ke jalan yang enar)


Seorang penyair berkata
Tidak ada lagi yang sahih dalam akal fikiran seseorang Apabila siang haripun masih perlukan penunjuk








No comments:

Post a Comment

Taubat

Astaghfirullah hallazi Laa 'illaha illa Huwwal Hayyul Qayyumu Wa'atubu ilaih

Maksudnya : Aku memohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan kecuali Dia, Yang Tetap Hidup dan Kekal dan aku bertaubat kepada-Nya.


“Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi” (Surah an-Nisaa: 106)

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud: 3)

“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran: 135-136).

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (HR Tirmidzi)

Rasulullah SAW. bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari, lebih dari tujuh puluh kali.” (HR Bukhari)

Bersabda Nabi Sallallahu˜alaihi wassalam: "Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya". (HR Abu Daud)

sumber dari blog tazkirah

*
Powered By Blogger

Berukhwah Disini