Monday, April 18, 2011

TIDAK MAHU MENERIMA KEBENARAN

Pendek kata,takbur,gila yang sebenar,adalah tidak mahu menerima kebenaran,Bagi penguasa,ia tidak mahu menerima kritikkan, ataupun pendangan lantaran disampaikan oleh rakyat jelata
Lantaran kedudukan dan pangkatnya,atau kekuasanya yang membelah bumi,Ia tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang boleh menggugat kerusinya.Ia pun berebut seweneng-wenengnya,mencipta hukum sewenang-wenengnya.Inilah penguasa gila(haqqul majnun)



Lantaran ilmunya tinggi,puluhan gelaran kesarjanaan dan pinggat kebesaran diraja,ia melecehkan orang bodoh,dan mentertawakan kedaifan dan kefakiran mereka.


Lantaran ibadah malamnya kuat,ia merasakan paling soleh antara seluruh makhluk atau dengan sedikit orang dikalangannya,ia sombong dengan kesolehannya,dengan sedekahnya,dan dengan pelbagai ketakburan lainya,Inilah ulama` dan fakih majnun(haqqul manjnun)


seterunya kita dapat meneliti sendiri apakah sifat takbur ada dalam diri kita.Bila gejala tidak sihat ini memahat diri yang sebenar,Majnun haqqal majnun


Inilah hakikat penyakit hati yang merbahaya!


Hakikatnya orang gila sebenarnya buka yang terkena penyakit saraf sebaliknya orang gila itu adalah orang yang anggkuh,sombomg,bangga diri, dan sewaktu dengannya

No comments:

Post a Comment

Taubat

Astaghfirullah hallazi Laa 'illaha illa Huwwal Hayyul Qayyumu Wa'atubu ilaih

Maksudnya : Aku memohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan kecuali Dia, Yang Tetap Hidup dan Kekal dan aku bertaubat kepada-Nya.


“Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi” (Surah an-Nisaa: 106)

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud: 3)

“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran: 135-136).

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (HR Tirmidzi)

Rasulullah SAW. bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari, lebih dari tujuh puluh kali.” (HR Bukhari)

Bersabda Nabi Sallallahu˜alaihi wassalam: "Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya". (HR Abu Daud)

sumber dari blog tazkirah

*
Powered By Blogger

Berukhwah Disini