Tuesday, April 19, 2011

TADABBUR SURAH AN-NASR


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah);

[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai.

 [3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun
kepada-Nya sesunggunya Dia amat menirma taubat


PENJELASAN RINGKAS TENTANG AYAT INI

Surah ini telah digelarkan ayat-ayat madaniyah berdasarkan kajian para ulama' muktabar tentang surah ini. Surah ini telah diturunkan di sekitar mekah semasa Baginda SAW menunaikan haji perpisahan yakni haji Al-wida'. Kenapa ulama' menamakan surah ini madaniyah? Hal ini kerana jumhur ulama' telah menyatakan jika mana-mana surah yang diturunkan selepas penghijrahan Baginda saw  ke madinah, maka ia dinamakan ayat-ayat madaniyah.

Semasa turunnya surah An-nasr  ini, semua umat islam kelihatan sangat gembira sambil mengucapkan syukur tidak terhingga kepada Allah SWT di atas kemenangan besar umat islam, tetapi disebalik kegembiraan yang dialami oleh umat islam pada ketika itu, kelihatan beberapa orang sahabat Baginda saw memahami dan menyedari ada makna tersirat daripada makna yang tersurat itu sementara kebanyakan orang lain gagal memahami makna yang tersirat itu.

Antara sahabat yang sangat menyedari tentang perkara ini ialah Saidina Umar Al-khattab, apabila beliau menyedari sahaja berita ini, maka saidina Umar telah mengumpulkan para sahabat besar yang lain ke suatu tempat untuk berbincang berkenaan dengan perkara ini, antara tokoh besar yang Umar jemput ialah Abdullah Bin Abbas yang pada masa itu beliau masih muda tetapi sangat mempunyai ilmu yang mendalam tentang islam, maka sahabat besar yang lain mengatakan kepada  Umar '' Mengapakah kamu mendatangkan budak ini, maka jawab Umar, beliau mempunyai ilmu yang kamu tidak terfikir untuknya nanti''. Kemudian Umar menyoal kepada para sahabat, apakah pandangan kamu terhadap surah an-nasr?  Maka kebanyakan sahabat menyatakan bahawa islam sudah menang, islam akan menguasai dunia, orang ramai akan berbondong-bondong masuk kepada islam, itulah jawapan kebanyakan daripada para sahabat. Kemudian Umar telah berpaling kepada Abdullah b. Abbas dan menanyakan kembali soalan yang pertama tadi kepada beliau, maka jawab Abdullah ''Aku melihat tentang surah ini ialah menandakan bahawa Rasulullah saw akan wafat, tanda bahawa telah sampainya ajal nabi saw, kerana tugas nabi saw sudah selesai dan islam sudah pun sempurna''  tatkala dengarnya para sahabat-sahabat lain tentang ungkapan yang diberikan oleh Abdullah b. Abbas sebentar tadi, maka para sahabat berasa takjub dan terpegun dengan idea tersebut sekaligus para sahabat sayu dan sedih dengan makna yang tersirat daripada surah tersebut.

No comments:

Post a Comment

Taubat

Astaghfirullah hallazi Laa 'illaha illa Huwwal Hayyul Qayyumu Wa'atubu ilaih

Maksudnya : Aku memohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan kecuali Dia, Yang Tetap Hidup dan Kekal dan aku bertaubat kepada-Nya.


“Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi” (Surah an-Nisaa: 106)

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud: 3)

“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran: 135-136).

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (HR Tirmidzi)

Rasulullah SAW. bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari, lebih dari tujuh puluh kali.” (HR Bukhari)

Bersabda Nabi Sallallahu˜alaihi wassalam: "Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya". (HR Abu Daud)

sumber dari blog tazkirah

*
Powered By Blogger

Berukhwah Disini